Sabtu, 31 Mac 2018

KENAPA IBU SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN MUDAH ALAMI MASALAH JERAGAT



Kehamilan merupakan detik terindah buat wanita namun, sepanjang kehamilan, pelbagai perubahan fizikal dan selera akan dirasai. Ada yang wajahnya berseri sepanjang hamil tetapi berubah teruk selepas bersalin, tak kurang juga alami masalah kulit yang teruk sepanjang kehamilan antaranya jeragat.

jeragat

Kenapa Jeragat Muncul Waktu Hamil?

Sepanjang kehamilan, zat badan akan diserap kepada baby dalam janin. Pentingnya untuk ibu menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang tinggi zatnya. Antara kesan sekiranya ibu tidak ambil endah tentang pola pemakanan yang betul akan menyebabkan chloasma atau tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Kalau yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.


Kenapa Jeragat Selepas Bersalin?

Masalah kulit selepas bersalin merupakan masalah “biasa” kaum ibu. Banyak faktor boleh dijadikan punca kenapa jeragat ini muncul. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kehamilan, anda sememangnya menghadapi masalah hormon. Tetapi, selepas bersalin, haid anda lambat datang. Mungkin selepas 6 bulan atau setahun ataupun lebih. Kelewatan datang haid itu disebabkan hormon anda masih tidak stabil. Ini lagi teruk dan mendatangkan masalah pada kulit. 

Jangan risau dan panik, post akan datang tice kongsikan Cara Merawat Jeragat. Nantikan ok!

0 ulasan:

Catat Ulasan