Ahad, 1 April 2018

TIPS MEMILIH SET PENJAGAAN WAJAH YANG BANTU KURANGKAN JERAGAT


Lambakan produk kecantikan dalam pasaran membuatkan kita keliru. Ada produk yang dipakai beri kesan terlalu cepat tetapi pengakhirannya kulit semakin teruk dan rosak! Kali ini tice kongsikan beberapa tips memilih set penjagaan wajah untuk panduan semua:


1. Bahan Organik

Kebanyakkan produk kecantikan dalam negara menunjukkan kesan terlalu cepat. Pilihlah produk yang dibuat daripada bahan organik, jangan menilai semata-mata testimoni. Produk kecantikan yang memberi kesan pantas seperti putih sesaat sebenarnya megandungi merkuri yang tinggi. Kulit memang akan putih dengan cepatnya, tetapi kulit juga akan jadi semakin menipis. Akibat lapisan luar kulit yang menipis, kulit akan jadi sangat sensitif. Sel akan lebih mudah rosak bila terkena matahari. Kulit terbakar lebih cepat. Jeragat akan tumbuh semula dan mungkin semakin dengan teruk.
2. Testimoni
Rajinkan diri membaca testimoni pengguna. Produk yang bagus akan ada banyak testimoni daripada pengguna
3. Jenama yang mementingkan kualiti dan keselamatan
Buat kajian terhadap syarikat pengeluaran produk tesebut. Pilihlah syarikat yang membuat UJIAN KLINIKAL dan mendapat KELULUSAN KKM untuk membeli. Jangan semborono kerana sekarang terlalu banyak krim timbangdipasarkan dan dijenamakan semula.

4. Halal

Pastikan produk halal kerana ia akan menjadi darah daging kita. Jika produk tempatan, pastikan ada tanda halal dari Jakim. Jika produk antarabangsa, pastikan badan yang mengesahkan taraf halal itu disenaraikan oleh JAKIM di dalam website JAKIM.






0 ulasan:

Catat Ulasan