Rabu, 13 September 2017

Perbezaan Shaklee dengan yang lain

Post yang lepas, saya kongsikan kisah rabun dan akhirnya saya bebas darinya jadi, post kali ini nak cerita dalam banyak-banyak supplement di pasaran, saya memilih Shaklee Carotomax. Why???

Ini sedikit info bahan dalam carotomax, yang mana mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. Bayangkan nak kena makan semua ni setiap hari, mesti tak mampu kan.



Ahli nutrisi sendiri mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kulit dan mencegah kanser. Padanlah zaman tok nenek kita mereka kekal cergas dan bebas penyakit, sebab rajin makan ulam dan buah. Cuba lihat keadaan kita sekarang? Saya pernah jumpa sebiji pisang harganya RM 1! Makanan ringan dan segera murah, yang sihat dan berkhasiat semua harga cekik darah dan dah jadi ala-ala makanan orang berada!
Continue Reading

Detik-Detik Rabun

Tangan tidak berhenti gosok mata. Banyak persoalan timbul dalam hati, kenapa kabur ni? Skrin komputer ni rosak ke? Segera ku panggil Haji, technician pejabat dan katanya computer takde masalah. Sudah, apa kena dengan mata ni? Keluarga bukan jenis rabun.

Gagahkan diri pergi ke kedai mata dalam Plaza Angsana, JB dan confirm! Saya rabun dengan power 150 dan silau 50! Saya paling tak suka jika ada benda duduk atas muka, rasa rimas. Huhu.. nampaknya kena mulakan pencarian untuk buat spek mata baru dan julung kalinya!

Waktu di JB, saya tidak sempat untuk tempah spek mata baru gara-gara sibuk menyiapkan thesis dan persediaan pembentangan viva di samping sibuk menjaga arwah nenek di CCU. Saya hampir terlupa yang mata saya ini akan jadi lebih kabur. Kemuncaknya, sewaktu saya tengah shopping, saya rasa sangat sakit melihat barang-barang jualan yang ada banyak warna, rasa nak tutup saja mata! Berdeyut-denyut sakit tak berhenti. Keluar daripada shopping mall, saya fikirkan suah berakhir tetapi tidak, lampu-lampu jalan membuatkan pandangan saya semakin kabur dan kepala semakin berdenyut.

Beberapa hari kemudian, barulah saya pergi ke kedai spek mata dan bermulalah episod si gadis berkaca mata (huhu). Pasti kawan-kawan yang rabun alami masalah yang sama macam saya, keluar kereta spek berkabus, bila bersenam spek berwap dan bertakung peluh dan membuatkan saya rasa sangat tidak selesa!



Lagi satu, keluarga saya kata Nampak lagi matang bila pakai spek dari yang sebelumnya. Tudung pun dah tak kemas macam dulu. Macam-macam lagilah sehingga saya cuba makan #carotomax Shaklee dan selepas beberapa bulan..tadaaaaa…syukur ya Allah, selamat tinggal rabun!


Korang bayangkan kalau suatu hari, dalam saat genting spek mata tu pecah, pasti membahayakn nyawa sendiri dan orang lain kan? Kita buat pelaburan jangka masa panjang, daripada selang beberapa tahun buat spek bar, lebih baik sekiranya kita tingkatkan penglihatan kita ni kan. Duit spek mata tu boleh simpan untuk melancong atau buat haji. Siapa yang untung? Kita juga kan..hehe
Continue Reading

Isnin, 11 September 2017

Diari Kesihatan Tice

Bismillah..

Orang dulu-dulu kata tak kenal maka tak cinta kan, jadi saya nak kenalkan diri secara ringkas ^_^.
Tahun 2009, saya yang pakai baju warna hitam dan berumur 19 tahun tapiii...huhu..sadis tengok keadaan kulit dulu-dulu, penampilan pun asal ado dan tutup aurat~~~

Kat tempat kerja, saya dipanggil Teacher Mimi, Kalau dalam kalangan kontraktor tadika atau pomen, mereka panggil saya Puan Mimi (walaupun belum puan lagi...), dalam team bisnes, mereka panggil saya Afnan (sebab FB saya Afnan Khumaira), maaf kuota friend dah penuh, korang boleh "Follow" saya, banyak tips sihat saya kongsikan di sana tau, family pula panggil saya "Akak" sebab saya anak sulung dan cucu sulung (kak long kawasan, haha).

Kehidupan takkan pernah sama, kita mestilah berubah seiring zaman dan usia yang makin meningkat ya dok..hehe..alhamdulillah, habis diploma pengajian perniagaan, saya sambung ijazah pula dalam fakulti perniagaan cuma "major" dalam perbankan Islam. Saya ni produk #UITM (sentiasa dihatiku..), habis je praktikal saya dilamar untuk bantu kak dayah dan kak nana (my lovely boss) untuk tingkatkan tadika #littlecaliphs yang dorang buka di Melaka. Maka, bermulalah sejarah Teacher Mimi..hehe

Taraaaa...saja kongsi gambar dulu dan tahun 2016, ada beza tak? orang kata paling ketara tang pipi dan kulit, waktu ni baru berkenalan dengan shaklee..nak tahu dulu-dulu saya ni geng-geng anti supplement..alaa, hat vitamin bagai tu..

Saya nak kongsikan sejarah kesihatan saya dengan korang:

2010- demam denggi
2011- Tekanan urat saraf
2012- Jangkitan kuman dalam darah (5 jam sekali makan ubat, muka pucat macam mayat, tenaga loss habis, tidur je daya, nak bangun pun menggigil)
2014- Pembedahan apendiks, dan kamera masuk ikut mulut sebab nak cek rahim ok atau tak gara-gara senggugut teruk juga waktu tu
hujung 2016- Pneumonia atau orang kampung panggil paru-paru berair/kuman. Warded kat GH, kena ambil darah oksigen (sakitttt sangat, tak macam ambil darah biasa tu), kena cucuk ubat antibiotik yang sangat kuat (2 jam tahan pedih ubat lalu kat saluran darah), time ni 4 bulan stress, kemudian shaklee pun saya tak makan, haha..rasakan! lepas tu saya dah insaf, sedar badan memang dari kanak-kanak doktor dah cakap imun badan sangat lemah, lepas tu terus sambung makan dan alhamdulillah! no more ward!Ni gambar masa tunang, hehe..first time saya up di media sosial!

Alhamdulillah, banyak perubahan yang saya rasa. Paling seronok bila kehadiran penuh setiap bulan ke pejabat! Kita sakit, kita sedar diri kita lemah, selalu sakit, dan kita memang tahu badan ni amanah Allah, cuma adakah kita faham, bila dah kata "amanah", cara apa yang perlu kita buat untuk jaga amanah Allah ni? Cukup ke sekadar joging atau bersukan? dah la Malaysia ni penuh dengan makanan hipster yang lagi menambah kalori dan paras gula dalam badan, haha.

Sekian, kisah saya kali ini. Nanti saya share dengan korang detik-detik tahu saya ni dah terkena rabun jauh (ohh nnooo!) dan macam mana saya bebaskan diri daripada spek mata..huhu..nantikan ok!

jangan lupa follow fb saya: Afnan Khumaira

Semoga bermanfaat..


Continue Reading