“Kusamnya kulit aku, tak bermaya langsung! Kenapa jadi macam ni?”
Kulit kusam antara perkara yang merisaukan kaum wanita terutamanya. Risau suami berpaling tadah setelah kesihatan kulit semakin teruk dan tidak tahu perlu berbuat apa lagi.
Pada usia 20 an, produksi sebum di kulit meningkat, dan sebab itu kebanyakkan kita masih mengalami masalah jerawat di usia ini dan ketika ini juga keadaan kulit berada di tahap paling bagus kerana kolagen dan keanjalan kulit masih banyak.
Setelah usia menginjak ke 30an, kolagen dan keanjalan kulit akan berkurangdan muncullah masalah kulit yang lain seperti garis halus, kulit menipis, dan mula berkedut.
Ada pepatah mengatakan, “men life begin at 40” tetapi bagi kita orang perempuan, angka 40 ini yang paling ditakuti kerana di usia inilah kulit wajah kita mulai kusam, semakin berkedut dan tidak seanjal dulu.
Kenapa di usia 40 kulit mulai kusam?
Pada usia ini, kulit kelihatan lebih kering, kelembapan dan keanjalan kulit semakin berkurang sehingga garis kedutan lebih jelas terlihat. Pembuluh darah menipis di wajah, flek kecoklatan semakin jelas terlihat. Wajah terlihat kusam, karena sel-sel kulit mati berkumpul dan proses penggantian sel kulit yang baru lambat. Wajah mulai kehilangan jaringan lemak bawah kulit, terutama di kawasan tengah wajah dan bahagian depan telinga. Diikuti dengan hilangnya jaringan lemak di sekitar mulut dan dagu. Keanjalan kulit juga semakin berkurang, menyebabkan kesihatan kulit menurun.
Jangan bersedih kerana setiap masalah ada penyelesaiannya, untuk post yang akan datang tice akan kongsikan punca terjadinya kulit kusam.
0 ulasan:
Catat Ulasan