Rabu, 28 Mac 2018

PUNCA-PUNCA JERAGAT

PUNCA-PUNCA JERAGAT

Tiada wanita yang sukakan kehadiran jeragat kerana ia membuatkan wajah kelihatan kusam, tiada seri dan nampak tua. Banyak faktor yang menjadi punca jeragat muncul di wajah.

Punca-Punca Jeragat

1. Cahaya Matahari
   
Cuaca di Malaysia, semakin tidak menentu. Cuaca panas semakin panas sehingga buat pening kepala. Kulit yang tidak dilindungi dan badan kekurangan nutrient membuatkan keadaan kulit sangat mudah rosak kerana kesan UV yang tinggi.

2. Kehamilan

Ibu hamil sangat dinasihatkan untuk makan makanan yang berkhasiat dan vitamin tambahan agar ibu dan anak cukup nutrisi. Sememangnya ibu mengandung sangat memerlukan nutrisi yang cukup kerana zat badannya akan diserap kepada janin dalam kandungan. Hormon ibu mengandung juga mudah terganggu, dan kesannya kulit mula kusam dan muncul pelbagai jenis masalah kulit yang lain.

3. Penggunaan Kosmetik

Kesan penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya memberi kesan buruk kepada kulit. Jeragat merupakan salah satu kesan kepada kulit wajah.

Kesimpullannya, amalkan hidup yang sihat untuk dapatkan kesihatan yang terbaik dan kulit wajah yang sihat. Post seterusnya tice akan kongsikan berkenaan 5 petua tradisional hilangkan jeragat.

0 ulasan:

Catat Ulasan