Betulkah kulit kusam antara tanda ada gangguan emosi dan mental?!
Sudah bersolek tetapi tetap wajah tak berapa nak menyerlah, malah semakin tak berseri, itulah kulit kusam! Kesan dari kulit mati dan sinaran uv juga menyebabkan kulit menjadi lebih kelam dan meninggalkan tekstur kulit yang kasar. Kulit lapisan pertama yang memberi glow kepada kita, keberkesanan sesuatu produk juga bergantung pada kesihatan dan daya penyerapan dari kulit.
Tahu tak, emosi memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan kecantikan dalam seterusnya kesihatan kulit kita.
1. STRESS
Masalah sememangnya sinonim dalam kehidupan seharian kita. Nak atau tidak stress memang akan muncul dalam hidup kita. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mengawalnya.
Kesan stress tidak muncul dari wajah tetapi secara dalaman. Apabila kita stress, hormon Cortisol akan dilepaskan di setiap saluran darah kita sampailah ke organ-organ penting iaitu hati, jantung, paru-paru, buah pinggang dan otak (sebab tu orang yang ada penyakit jantung tak boleh berada dalam keadaan marah). Secara tidak langsung, kulit wajah kita akan kelihatan sembap dan membengkak kesan daripada hormon Cortisol.
Jadi, amalkan zikir, yoga dan riadah untuk kurangkan stress.
2. GANGGUAN HORMON TIDAK STABIL
Haid, menopuse, pengambilan ubat-ubatan atau apa sahaja situasi yang berlaku di sekitar kita boleh menyebabkan gangguan hormon berlaku. Kesannya, kulit kita akan jadi berminyak, pori-pori di wajah terbuka luas dan kelam akibat hormon estrogen meninggalkan kimia testosteron yang tinggi.
Gaya hidup dan pola pemakanan yang sihat sangat penting dalam kehidupan seharian. Sekarang ini juga terdapat banyak makanan tambahan untuk menstabilkan hormon kita.
Kesimpulannya, kita tidak dapat lari dari 2 perkara ini, tetapi tidak mustahil untuk kita usaha mengurangkan risikonya. Cantik itu subjektif namun ia boleh dilihat oleh semua orang jika ianya datang dari aura yang positif! Selamat menjadi cantik.
0 ulasan:
Catat Ulasan