Wajah berminyak, kusam dan tak bermaya melemahkan semangat dan buang keyakinan diri. Nak bercakap dan berdiri depan ramai orang pun terasa malu. Rasa nak sorok saja muka yang kusam bawah tudung saji!
Tice pasti ramai yang mengalami masalah kulit kusam akan merasai sebegini. Hilang keyakinan diri untuk bercakap di depan orang ramai. Rasa nak pakai topeng muka terus agar tiada siapa dapat lihat wajah yang bermasalah ini.
Quotes dari selebriti Malaysia tentang rejim kecantikan mereka.
” Saya juga masih cuba untuk menjalani kehidupan yang sihat dengan mengamalkan diet yang sempurna, amalkan makan ulam-ulaman, makanan organik, minum air yang secukupnya, mengambil makanan tambahan juga melakukan senaman seperti yoga. Saya cuba untuk live a healthy life.”- Nora Danish
“Membersih, menyegar dan melembapkan wajah. Saya juga semburkan air pada wajah pabila kulit rasa ‘tegang’ di siang hari. Saya gunakan pelembap yang mengandungi SPF di siang hari dan gunakan pelembap yang lebih mewah lembapannya pada waktu malam untuk merawat kulit yang ‘tertekan’ di siang hari.”- Diana Danielle

(Sumber: website glam.my)
Jangan khuatir dan risau, post kali ini tice kongsikan lagi tips tradisional dalam membantu mengatasi masalah kulit wajah kusam.
1. Minum air secukupnya
Air bukan sahaja sangat penting untuk menjaga kesihatan buah pinggang kita, tetapi air membantu dalam memastikan kelembapan kulit. Jika cuaca panas, elakkan minum ais untuk hilangkan dahaga, minumlah air masak dengan lebih banyak.
2. Yogurt
Beli original yogurt, sapu di muka sebagai masker dan biarkan kering selama 15 minit. Kemudian bilas muka dengan air sejuk. Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.
3. Tolak guna produk ada merkuri
Punca terbesar kulit kusam era ini adalah kerana tersalah pilih produk dan kandungannya tinggi merkuri. Nak cam produk yang tinggi merkuri ini mudah saja, produk yang tinggi merkuri ini yang menjanjikan kulit putih dengan cepatnya! Kan banyak dipasarkan sekarang. Jangan kerana nak putih, rela rosakkan kulit muka kita sendiri.
Selain punca dari merkuri yang tinggi, sinar ungu yang tinggi daripada matahari juga antara penyebab kulit wajah kusam. Tice akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang dalam post akan datang, stay tune ok!
0 ulasan:
Catat Ulasan