Jeragat ooh jeragat, hadir mu tanpa izin, buat wajah nampak tua! Solekan di muka terpaksa ditebalkan, tetapi kulit semakin teruk!
Runsing fikirkan masalah jeragat di wajah yang semakin banyak? Hari ini tice kongsikan tips tradisional yang mungkin boleh kita amalkan.
Tips-Tips Tradisional Hilangkan Jeragat
1. Lemon
Lemon kaya dengan asid alpha hydroxy yang mana membantu menggantikan pertumbuhan sel-sel kulit mati dengan yang baru. Lemon juga bersifat menghilangkan minyak berlebihan di wajah. Caranya, sapu jus perahan lemon di wajah dan biarkan selama 15-20 minit, kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulangi langkah ini setiap hari sebelum tidur.
2. Cuci Muka
Amalkan mencuci wajah dengan pencuci yang sesuai 2 kali sehari. ini kerana wajah yang berminyak dan kotor membantu pertumbuhan jeragat di wajah. Pastikan juga pencuci muka yang digunakan sesuai dan tidak menyebabkan kulit kering, kerana kulit kering membuatkan minyak di wajah semakin banyak dan akhirnya jeragat muncul!
3. Baking Soda
Baking soda selain sedap untuk buat kek, ia juga bagus untuk pengelupasan sel-sel berminyak, kotoran dan sel-sel kulit mati di wajah. Caranya, campurkan sesudu teh soda dengan air agar jadi pes yang pekat, kemudian sapu di jeragat. Amaran, jika anda ada kulit sensitif, elakkan guna soda, boleh ikut 2 cara di atas sahaja.
Semua tips di atas ini bolehlah dilakukan selama beberapa bulan, semoga jeragat di wajah akan hilang dan wajah berseri akan kembali semula. Post seterusnya tice akan kongsikan berkenaan cara untuk mencegah jeragat muncul lagi. Stay tuned ok.
0 ulasan:
Catat Ulasan