Isnin, 19 Mac 2018

CARA MENGATASI KULIT KUSAM


kulit kusam

Mengatasi kulit kusam. Ada beberapa cara mengatasinya tetapi sebelum itu tice kongsikan sedikit ciri-ciri kulit kusam.

1. Muncul kedutan atau garis-garis halus pada kulit wajah
2. Lingkaran hitam di sekitar mata
3. Kulit wajah terasa kering
4. Kulit wajah jadi sangat berminyak
5. Muncul jerawat-jerawat kecil

Jika anda memiliki semua ciri-ciri di atas, bermakna anda mengalami kulit kusam.

Cara mengatasi kulit kusam ada beberapa cara:

kulit kusam


1. Madu

Madu sangat bagus untuk melembapkan kulit. Sapu ke seluruh wajah dan biar selama satu jam kemudian basuh. Madu juga membantu menganjalkan kulit dan mencerahkan.

kulit kusam


2. Tomato

Tomato memiliki vitamin yang membantu mencerahkan dan menganjalkan kulit. Kisar tomato dan sedikit perahan lemon, kemudian jadikan masker muka selama setengah jam, dan basuh.

kulit kusam


3. Pisang

Kandungan vitamin dan magnesium dalam pisang sangat bagus untuk melembapkan kulit. Hiris pisang secara menipis dan campurkan sedikit madu. Kemudian letak di atas wajah selama setengah jam.

Selamat mencuba!


0 ulasan:

Catat Ulasan