Jumaat, 23 Mac 2018

MUKA KUSAM DAN GELAP SEPANJANG HAMIL, JANGAN MURUNG!



wajah kusam waktu mengandung

Mengandung dan melahirkan anak merupakan satu detik istimewa buat semua wanita. Namun, selama lebih 9 bulan wanita perlu mengharungi hari-hari kehamilan dengan pelbagai kesakitan dan mabuk. Sering kali wanita hamil mula sakit gigi kerana kekurangan kalsium yang ditarik janin, tidak kurang juga yang tidak larat lagi untuk menjaga penampilan diri dan akhirnya kusam tak bermaya begitu saja.

Tips untuk kekal segar dan cantik sepanjang hamil:

1. Amalkan minum air masak /  putih sebanyak 3 liter. Air mencukupi membantu kulit sentiasa terhidrasi agar tidak kering dan kusam.
2. Makan sayur dan buah kerana zat dan vitamin dari keduanya membantu mencantikkan kulit.
3. Elakkan mandi air panas terlalu lama kerana kulit akan kering dan rasa gatal.
4. Pakai pelembap kulit bagi memastiakn kulit sentiasa lembap dan tidak rosak kesan dari radikal bebas.
5. Pastikan mencuci wajah sebelum tidur dan selepas bangun tidur agar wajah sentiasa bersih.
6. Elakkan guna bahan kosmetik yang mengandungi merkuri dan hydroqinon kerana ia menyebabkan kulit mengalami pigmentasi dan kusam.
7. Rajinkan diri untuk bermasker agar kulit sentiasa kelihatan segar dan bermaya.

Happy sharing uolls!


0 ulasan:

Catat Ulasan