Jumaat, 9 Mac 2018

RAHSIA PENJAGAAN DAN CARA BETUL CUCI MUKA

Muka berminyak, jerawat pun semakin galak tumbuh. Mengeluh dan mengeluh, penampilan semakin tak dijaga, kerja rumah dan di pejabat menimbun entah bila akan habis. Waktu bujang penjagaan diri sangat tip top tetapi semenjak dah berkahwin segalanya tinggal kenangan. 


jerawat, muka berjerawat

STOP! Jangan sesekali beranggapan begitu, jangan nanti bila suami mula tiada hati, baru nak menyesal. Ok post kali ini tice nak ajar rahsia penjagaan wajah tice, boleh kata dari zaman sekolah sampai sekarang, alhamdulillah paling banyak 3 biji jerawat bersaiz S muncul di wajah, itupun sangat-sangat jarang. Kalau tice lalai dan tak jaga betul-betul, memang akan muncullah jerawat ni. 

Rahsia dan tips ini tice dapat daripada salah satu majalah kesihatan wanita yang ada di Malaysia (tice tak ingat nama majalah tersebut), tips ini sesuai untuk mereka yang TAKNAK jerawat di wajahnya: 

1. Amalkan minum air masak banyak setiap hari, makan buah dan sayur supaya kulit kita sentiasa dapat nutrient yang mencukupi.
2. Pantang terbesar, elakkan lap muka dengan tuala atau apa-apa kain, kalau boleh biar wajah itu kering secara semula jadi
3. Elakkan stress melampau, kerana kesan stress boleh menyebabkan jerawat bertapak di muka kita
4. Jaga makan, kurangkan makanan berminyak dan kekacang, nak makan boleh tetapi kadang-kadang ok. 
5. Jangan semborono guna pencuci muka pelbagai jenama, kemudian tukar berulang kali. Kesan bahan kimia sangat kuat, ada jenama yang bagus dan ada jenama, kaji dan siasat okay. 
6. Gunakan cara cuci muka gaya tice seperti di bawah

penjagaan wajah sebenar, cantik
Ikut langkah 1 sampai 7, amalkan setiap kali cuci muka

Mula-mula mungkin sukar untuk ingat step mencuci muka ni, inshaAllah lama-lama pasti mudah dan jadi tabiat. Ingat, niat kita untuk jaga kecantikkan diri demi suami. Selamat jadi cantik bidadari tice!






Lokasi: Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan