Sabtu, 31 Mac 2018

KENAPA IBU SEBELUM DAN SELEPAS BERSALIN MUDAH ALAMI MASALAH JERAGAT



Kehamilan merupakan detik terindah buat wanita namun, sepanjang kehamilan, pelbagai perubahan fizikal dan selera akan dirasai. Ada yang wajahnya berseri sepanjang hamil tetapi berubah teruk selepas bersalin, tak kurang juga alami masalah kulit yang teruk sepanjang kehamilan antaranya jeragat.

jeragat

Kenapa Jeragat Muncul Waktu Hamil?

Sepanjang kehamilan, zat badan akan diserap kepada baby dalam janin. Pentingnya untuk ibu menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang tinggi zatnya. Antara kesan sekiranya ibu tidak ambil endah tentang pola pemakanan yang betul akan menyebabkan chloasma atau tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Kalau yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.


Kenapa Jeragat Selepas Bersalin?

Masalah kulit selepas bersalin merupakan masalah “biasa” kaum ibu. Banyak faktor boleh dijadikan punca kenapa jeragat ini muncul. Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kehamilan, anda sememangnya menghadapi masalah hormon. Tetapi, selepas bersalin, haid anda lambat datang. Mungkin selepas 6 bulan atau setahun ataupun lebih. Kelewatan datang haid itu disebabkan hormon anda masih tidak stabil. Ini lagi teruk dan mendatangkan masalah pada kulit. 

Jangan risau dan panik, post akan datang tice kongsikan Cara Merawat Jeragat. Nantikan ok!
Continue Reading

Jumaat, 30 Mac 2018

CAHAYA MATAHARI PUNCA JERAGAT



jeragat

Sudah beberapa kali media melaporkan Malaysia mengalami musim kemarau di beberapa negeri dengan suhu yang tinggi. Tahukah anda cahaya matahari antara kesan jeragat muncul?

Post kali ini tice akan kongsikan secara terperinci bagaimana sinar uv daripada matahari memberi kesan buruk kepada kulit kita. Di bawah ini tice kongsikan artikel daripada Perunding Dermatologi, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani berkenaan “JERAGAT”.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, berkata, makna jeragat terlalu meluas dalam kamus perubatan, namun, masyarakat khususnya orang Melayu mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.

"Jeragat bagi pemahaman masyarakat tergolong kepada dua jenis iaitu pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit). Masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles atau solar lentigenes.

"Masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

"Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah," katanya.

punca jeragat


Beliau berkata, ada beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari dan faktor genetik.

"Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat lebih besar.

"Malah, masalah pigmentasi juga dikesan daripada pengambilan ubat seperti pil perancang, amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine dan lain-lain lagi," katanya.

Dr Norazhah berkata, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.

Katanya, bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manaka penggunaan krim adalah tidak sesuai.

"Seborrho keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan 'heat' (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotherapy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.

"Rawatan bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia," katanya.

Katanya, melasme iaitu pigmentasi atau tompok leper berwarna kelabu atau hitam yang ada di bawah lapisan kulit ini, kebiasaannya boleh dirawat dengan rawatan krim, tetapi ada juga pigmentasi yang tebal dan dalam yang mungkin memerlukan rawatan fizikal untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

"Bagi mengatasi masalah jeragat, wanita disaran lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doktor untuk mengenalpasti penyebab dan rawatan sesuai.

"Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat adalah penyakit kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disaran berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit,”. katanya.


Continue Reading

Khamis, 29 Mac 2018

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN JERAGAT


Jeragat ooh jeragat, hadir mu tanpa izin, buat wajah nampak tua! Solekan di muka terpaksa ditebalkan, tetapi kulit semakin teruk!

Runsing fikirkan masalah jeragat di wajah yang semakin banyak? Hari ini tice kongsikan tips tradisional yang mungkin boleh kita amalkan.


Tips-Tips Tradisional Hilangkan Jeragat

cara hilangkan jeragat


1. Lemon
Lemon kaya dengan asid alpha hydroxy yang mana membantu menggantikan pertumbuhan sel-sel kulit mati dengan yang baru. Lemon juga bersifat menghilangkan minyak berlebihan di wajah. Caranya, sapu jus perahan lemon di wajah dan biarkan selama 15-20 minit, kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulangi langkah ini setiap hari sebelum tidur.


cara hilangkan jeragat


2. Cuci Muka

Amalkan mencuci wajah dengan pencuci yang sesuai 2 kali sehari. ini kerana wajah yang berminyak dan kotor membantu pertumbuhan jeragat di wajah. Pastikan juga pencuci muka yang digunakan sesuai dan tidak menyebabkan kulit kering, kerana kulit kering membuatkan minyak di wajah semakin banyak dan akhirnya jeragat muncul!

cara hilangkan jeragat


3. Baking Soda

Baking soda selain sedap untuk buat kek, ia juga bagus untuk pengelupasan sel-sel berminyak, kotoran dan sel-sel kulit mati di wajah. Caranya, campurkan sesudu teh soda dengan air agar jadi pes yang pekat, kemudian sapu di jeragat. Amaran, jika anda ada kulit sensitif, elakkan guna soda, boleh ikut 2 cara di atas sahaja.

Semua tips di atas ini bolehlah dilakukan selama beberapa bulan, semoga jeragat di wajah akan hilang dan wajah berseri akan kembali semula. Post seterusnya tice akan kongsikan berkenaan cara untuk mencegah jeragat muncul lagi. Stay tuned ok.
Continue Reading

Rabu, 28 Mac 2018

PUNCA-PUNCA JERAGAT

PUNCA-PUNCA JERAGAT

Tiada wanita yang sukakan kehadiran jeragat kerana ia membuatkan wajah kelihatan kusam, tiada seri dan nampak tua. Banyak faktor yang menjadi punca jeragat muncul di wajah.

Punca-Punca Jeragat

1. Cahaya Matahari
   
Cuaca di Malaysia, semakin tidak menentu. Cuaca panas semakin panas sehingga buat pening kepala. Kulit yang tidak dilindungi dan badan kekurangan nutrient membuatkan keadaan kulit sangat mudah rosak kerana kesan UV yang tinggi.

2. Kehamilan

Ibu hamil sangat dinasihatkan untuk makan makanan yang berkhasiat dan vitamin tambahan agar ibu dan anak cukup nutrisi. Sememangnya ibu mengandung sangat memerlukan nutrisi yang cukup kerana zat badannya akan diserap kepada janin dalam kandungan. Hormon ibu mengandung juga mudah terganggu, dan kesannya kulit mula kusam dan muncul pelbagai jenis masalah kulit yang lain.

3. Penggunaan Kosmetik

Kesan penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya memberi kesan buruk kepada kulit. Jeragat merupakan salah satu kesan kepada kulit wajah.

Kesimpullannya, amalkan hidup yang sihat untuk dapatkan kesihatan yang terbaik dan kulit wajah yang sihat. Post seterusnya tice akan kongsikan berkenaan 5 petua tradisional hilangkan jeragat.
Continue Reading

Selasa, 27 Mac 2018

APA ITU JERAGAT

wajah penuh jeragat


Definisi Jeragat:
Jeragat (secara perubatan dikenali sebagai open comedo, adalah bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum.
Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. Akar rambut tersumbat, di mana jeragat sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan "kehitaman" jeragat. Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya. (Sumber: Wikipedia)

Nama lain jeragat, MELASMA:

Jeragat merupakan salah satu penyakit kulit yang tidak berbahya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Pakar dermatologi menyatakan terdapat lebih 3 ribu masalah kulit yang dialamai penduduk dunia keseluruhannya.

Oleh itu, pakar kulit sangat menyarankan kita untuk menjaga kulit dengan rapi dan konsisten bagi mengelakkan kulit mengalami masalah seperti jeragat. Di samping itu juga, pakar kulit mencadangkan pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk mengekalkan kulit yang sihat tanpa cela.

Apa itu jeragat?

Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan lama-kelamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.

Jadi, apakah punca jeragat? Nantikan post seterusnya, tice akan ceritakan apakah punca terjadinya jeragat.


Continue Reading

Isnin, 26 Mac 2018

PRODUK TERBAIK HILANGKAN KULIT KUSAM

set kulit kusam shaklee

Kulit kusam buat wajah kita nampak tua dan tak bermaya sekaligus rasa tidak semangat dan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. 

Jangan biarkan kulit kusam menghantui hidup sehingga jadi semakin teruk. Tidak mustahil untuk kita rawat kulit yang kusam. Tice ingin sarankan Set Kulit Kusam Shaklee ini yang dapat merawat dari dalam dan selamat!

SET KULIT KUSAM SHAKLEE

set kulit kusam shaklee


1. Sustained Released (SR) Vitamin C 500 mg

Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandugi 120 mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai  Vitamin C complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infleksi bakteria dan radikal bebas.

Pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten setiap hari mampu melambatkan penuaan, kulit jadi lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian kulit kusam!

set kusam shaklee


2. GLa Complex

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi  lebih dari 2 kali ganda GLA  dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

GLA Shaklee bertindak memperbaiki inflamasi kulit. GLA Shaklee mampu mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap dan kulit kusam!

set kusam shaklee


3. Energizing Soy Protein (ESP)

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis. 

Ada beberapa manfaat ESP:

i. Awet muda: Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

ii. Kulit Remaja: Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

BONUS manfaat ESP!

Pembekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan! Maka, sangat sesuai untuk para ibu yang sibuk dengan kerjaya dan rumah tangga. 

Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan menekan link whatsapp ini.






Continue Reading

Ahad, 25 Mac 2018

KULIT KUSAM SELEPAS BERSALIN KEMBALI BERSERI


set kusam shaklee



Sepanjang hamil, ramai wanita sukakan kulit mereka yang blushing dan berseri-seri tetapi ramai yang terkejut melihat kulit mereka yang kusam selepas bersalin.

Jika ia berlaku, jangan risau kerana ini adalah perkara biasa. Apakah punca perubahan kulit selepas bersalin?

4 MASALAH KULIT BIASA SELEPAS BERSALIN

Berita baiknya, semua masalah kulit ini akan berkurangan secara semulajadi tetapi  memerlukan penjagaan dan perhatian yang sewajarnya bagi mengelakkan timbul akibat yang lebih serius.

Jom kita lihat beberapa masalah kulit biasa yang berlaku selepas bersalin:

1. Melasma

Melasma memberi kesan kepada hampir 50% wanita selepas bersalin. Kulit muka akan membentuk tompok berwarna gelap. Ia akan lebih ketara di bahagian pipi dan dahi. Keadaan ini berlaku kebanyakkannya disebabkan peningkatan pigmentasi. Melasma memang akan membuatkan wajah seseorang itu kelihatan sangat kusam, gelap dan tak berseri.

2. Perubahan tekstur kulit dan jerawat

Oleh kerana tekanan, keletihan dan perubahan hormon yang tinggi berlaku di dalam badan, perubahan pada kulit selepas kehamilan adalah perkara biasa. Ada kemungkinan timbul jerawat secara tiba-tiba atau tekstur keseluruhan kulit anda menjadi kusam selepas bersalin.

3. STRETCH MARKS / URAT SPIDER DI MUKA
Stretch mark atau tanda regangan adalah masalah kulit biasa selepas kehamilan dan bersalin, disebabkan oleh peregangan kulit akibat peningkatan berat badan. Ia akan kelihatan pada bahagian perut, paha, pinggul dan kaki. Wanita yang lebih muda lebih cenderung untuk mendapat stretch mark atau tanda regangan berbanding dengan wanita yang lebih tua.
Selain itu, ada juga orang yang akan mengalami timbulnya urat @ pembuluh darah kemerahan pada muka. Ini pula disebabkan oleh perubahan hormon semasa hamil.
  
4. KULIT MENJADI TERLALU SENSITIF / KERING DAN FLACKY (BERKUPING / MENGELUPAS)
Sekali lagi, disebabkan oleh perubahan hormon berlebihan yang berlaku di dalam badan, anda mungkin mengalami kulit yang lebih sensitif. Ia mungkin mudah terbakar ketika berada di bawah sinar matahari atau kulit anda mungkin mudah teriritasi terhadap banyak perkara seperti detergen, klorin, dan sebagainya.

Bagaimana Nak Atasi Masalah Kulit Kusam?

1. SR Vitamin C

vitamin c shaklee


Tinggi dengan antioksidan jadi ia akan membantu melindungi kulit dari radikal bebas seperti sinar uv dan penemaran. Juga berkesan  untuk mencerahkan dan menaikkan seri wajah.

2. G La Complex

g la complex shaklee


G La complex merupakan makanan tambahan yang sangat penting untuk kaum wanita kerana berkait rapat dengan hormon. Apabila hormon stabil, kesihatan dalaman dan masalah kulit juga akan turut selesai. G La juga bertindak sebagai pelembap kulit dan mencantikkan kulit, kuku dan rambut.

3. Energizing Soy Protein (ESP)

esp shaklee


Kandungan asid amino dalam ESP Shaklee membantu menggantikan sel-sel kulit yang rosak kepada yang baru agar wajah nampak berseri, segar dan tona kulit sekata, tidak kusam. ESP juga membantu menguatkan struktur kolagen dalam kulit dan melambatkan proses penuaan. ESP juga bertindak sebagai milk booster dan pemberi tenaga buat ibu-ibu yang menyusukan.

Continue Reading

Sabtu, 24 Mac 2018

CARA MENGATASI KULIT KUSAM YANG BERKESAN

Kulit kusam, dah bermacam produk digunakan, wajah semakin kusam, kalau tak pakai alat solek, muka setaraf hantu kak limah, diri sendiri pun malu nak tengok cermin!

kulit kusam
Gambar sekadar hiasan

Jangan risau dan jangan stress ok! Sebelum ini tice pernah kongsikan punca kulit kusam di sini, boleh baca dulu ok.


Apabila dah tahu punca kulit kusam, barulah tahu cara merawat kulit kusam.

Tahu tak punca-punca di atas itu semua menyebabkan sistem pertahanan kulit menjadi lemah. Apabila sistem pertahanan lemah, maka sel-sel kulit rosak dan banyak sel mati. Sel kulit yang mati tadi akan menjadi gelap dan sukar untuk dicerahkan semula. Kesannya, wajah semakin kusam dan tidak berseri kerana sel-sel kulit hidup sikit.       

Apa cara berkesan merawat kulit kusam?

Cara berkesan untuk merawat kulit kusam dan mendapat wajah berseri-seri dari dalam ialah dengan mengambil makanan atau vitamin yang tinggi antioksidan seperti:       

vitamin c shaklee
    

SR Vitamin C

Tinggi dengan antioksidan jadi ia akan membantu melindungi kulit dari radikal bebas seperti sinar uv dan penemaran. Juga berkesan  untuk mencerahkan dan menaikkan seri wajah.

g la complex shaklee


G La Complex

G La complex merupakan makanan tambahan yang sangat penting untuk kaum wanita kerana berkait rapat dengan hormon. Apabila hormon stabil, kesihatan dalaman dan masalah kulit juga akan turut selesai. G La juga bertindak sebagai pelembap kulit dan mencantikkan kulit, kuku dan rambut.

esp shaklee


Energizing Soy Protein (ESP)

Kandungan asid amino dalam ESP Shaklee membantu menggantikan sel-sel kulit yang rosak kepada yang baru agar wajah nampak berseri, segar dan tona kulit sekata, tidak kusam. ESP juga membantu menguatkan struktur kolagen dalam kulit dan melambatkan proses penuaan.

Tips Tambahan

Tips tambahan untuk dapatkan kulit yang sihat dan tidak kusam adalah elakkan stres, senyum selalu dan sentiasalah berfikiran positif dengan orang sekeliling.  

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Hubungi tice di;


   

Atau

Instagram: Afnan KhumairaInstagram: Afnan Khumaira                                                                            
Continue Reading