Ahad, 11 Mac 2018

TIPS WAJAH CANTIK TANPA MEKAP

natural beauty, cantik tanpa mekap

Ramai orang berpendapat harus pakai mekap untuk nampak cantik tetapi sebenarnya tanpa mekap kita masih boleh kelihatan cantik dan berseri. Antara kesan jika terlalu kerap amalkan mekap, jerawat akan semakin galak muncul di wajah.

Hari ini tice akan kongsikan beberapa tips untuk kekal cantik dan berseri lagi-lagi untuk kaum ibu agar suami terus tertawan dan tak cari lain, malah cantik semula jadi gitu. 

1. Skrub wajah 2 kali seminggu

Bebas nak skrub sedia ada atau pakai secara semula jadi, korang boleh tengok kat you tube. Ada banyakk cara boleh ditiru.

2. Jauhkan tangan dari wajah

Hentikan memegang wajah anda tanpa sebab sepanjang hari! Jangan picit jerawat dengan tangan! Tak perlu juga kerap usap, tonyoh  dan tarik wajah anda sebab geram

3. Cuci muka 2 kali sehari

Faktor yang sangat penting untuk berusaha ke arah wajah cantik asli tanpa sebarang mekap. Belanjakan sedikit wang beli pencuci muka, dan atur jadual. Tice selalu cuci muka pada waktu mandi pagi dan mandi petang. Tiada masalah untuk cuci muka 3 kali atau lebih tapi tidak digalakkan kerana boleh buat kulit kita jadi kering.

4. Pakai moisturizer atau krim pelembap

Amalkan setiap kali selepas cuci muka untuk sapu krim pelembap di muka dan sebaiknya yang ada spf kerana negara kita agak panas untuk biarkan kulit berjemur tanpa sebarang perisai.

Tips memilih pelembap, untuk mama-mama yang berkulit sensitif, tice sarankan pakai pelembap yang lebih lembut dan tiada pewangi.

Bagi mama-mama yang memiliki kulit lebih kasar, boleh pakai pelembap yang lebih kuat dan mengandungi bahan yang boleh memperbaiki kulit seperti shea butter ataupun aloe vera (lidah buaya).

5. Atasi masalah jerawat

Masalah jerawat merupakan faktor terbesar orang perempuan pakai mekap untuk nampak lebih yakin berdepan masyarakat. Atasi masalah jerawat adalah solusi terbaik. Makan makanan tambahan seperti vitamin C, dan E, mampu membuatkan jerawat semakin hilang.

Boleh lihat post tice sebelum ini juga, ada beberapa tips untuk jadikan kulit licin jauh dari jerawat.

https://afnankhumaira.blogspot.my/2018/03/rahsia-penjagaan-dan-cara-betul-cuci.html


Sekian, untuk post akan datang tice akan tulis berkenaan "cara membuat wajah cantik menurut Islam". Stay tuned ok!

Lokasi: Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan