Khamis, 8 Mac 2018

RAHSIA NAMPAK LAGI MUDA DARI SUAMI



“Hai Man! Lama tak jumpa”, sambil tangan berjabat salam.
“Abang Salim, dah 2 tahun tak jumpa, abang apa khabar?” 
“Baik alhamdulillah. Eh, mana bini kau? Itu mak kau kan?”, 
sambil jari menunjuk ke arah isteri  Man.

Terkoyak senyuman kelat diwajah Man, sudah jadi kebiasaan orang akan menyangka isterinya sebagai maknya walhal dia sendiri tua 6 tahun dari bininya. dia pelik kenapa isterinya tidak selawa seperti awal kahwin dulu.


….…………………………………………………………...................................................................................................

Agak-agak apa perasaan isteri si Man jika dia tahu apa yang terbuku di hati suaminya? Kalau tice mahu meroyan dan menangis keluar air mata berbaldi-baldi nak cari sebab kenapa dah tak cantik macam dulu.
rahsia muka muda dari suami
Gambar sekadar hiasan

Tenang, tarik nafas, jangan panik ok. Post kali ini tice akan kongsikan rahsia untuk nampak lagi muda dari suami sendiri. Rahsia yang pertama mestilah kena konsisten amalkan tips yang tice senaraikan di bawah. Tips ni tice dapat dari seorang mak bidan yang kulitnya masih tegang walaupun dah berusia 60 tahun tanpa suntikan botok dan sewaktu dengannya. 

1. Amalkan minum air suam sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun tidur,  kiranya  sebelum gosok gigi minum air suam.
2. Amalkan zikir istighfar (tambah lagi kalau hero ramai) dan berwudhuk  sebab lagi baanyak kita bebel dan marah, lagi cepat nampak tua.
3. Rajin-rajin masak dan makan ulam. Bukan saja kita semakin sihat, anak dan  suami pun semakin sihat. Elakkan makanan berminyak dan tinggi kolestrol. Kita  kena didik anak makan makanan sihat.
4. Elakkan minum dan makan ais. Ini pantang besar tau! Mesti ramai yang  tengah mengeluh sekarang ni. Jauhkan darinya ok.
5. Konsistenkan diri (kena jihad betul-betul) selepas solat isyak, terus pakai  krim apa-apa, bermasker ke dan berwangian. Pastikan juga rambut sentiasa  disikat kemas.
6. Makan suuplement atau vitamin. Tugas sebagai seorang mama dan suri  rumah sangat mencabar, takde waktu rehat dan cuti. Badan sangat  memerlukan makanan tambahan seperti Vitamin C  bagi memastikan tahap  kesihatan di paras optimum dan mengelakkan sel-sel hidup dari mati.


Tice kongsikan 6 tips dulu, cuba buat dan istiqamahkan diri ok. Tice doakan semua mama yang baca post ini akan cekal hati terus amalkan dan sentiasa awet muda sampai suami rindu dok teringat kat tempat kerja.


Suamiku..syurgaku, bidadarinya, maka haruslah cantik!

*Nantikan perkongsian seterusnya cara mencuci muka dengan cara yang betul agar makcik bawang..eh..makcik jerawat tak menginap atas kulit muka. Keep in touch ok.
Lokasi: Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan