Rabu, 21 Mac 2018

CARA ELAK KULIT WAJAH JADI KUSAM KERANA CAHAYA MATAHARI



kulit kusam

Ramai beranggapan, jika kulit licin tiada jerawat pasti wajah berseri-seri. Salah! Jika pemilik wajah itu memiliki kulit kusam, bukan sahaja tidak berseri bahkan nampak tua dari usia sebenar.

Kulit kusam ini terjadi kerana sel kulit mati yang banyak di wajah. Sel kulit kita ni sentiasa berganti baru setiap 28 hari / 3 minggu. Sel mati ini terjadi apabila tubuh kekurangan protein untuk menyingkirkan sel mati tersebut.
Bila ia terjadi, sel mati ini akan semakin menebal dan menyebabkan waah nampak gelap dan berminyak. Ini yang menyebabkan wajah akan kelihatan tidak bermaya dan nampak kusam.
Tambahan jika anda sering bekerja bawah cahaya matahari, ini akan menyebabkan sel kulit mati meningkat, dan menimbulkan masalah lain seperti jeragat dan kulit berminyak seterusnya wajah jadi kusam.
Selain daripada itu, cahaya UV ini juga akan menyebabkan penuaan pra-matang iaitu proses penuaan yang berlaku lebih cepat daripada sepatutnya. Malah, sinar UV juga boleh membawa kepada masalah mata yang dikenali sebagai katarak.
Kerosakan yang berlaku kepada kulit akibat cahaya matahari adalah cumulative, iaitu ia akan berkumpul. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa kanak-kanak diberi perhatian lebih tentang bahaya pendedahan kepada cahaya matahari.
Adalah dianggarkan bahawa individu yang berusia 15 tahun telah pun menerima separuh daripada jumlah keseluruhan hidupnya, radiasi-radiasi yang berbahaya akibat sinaran matahari. Ini kerana kanak-kanak lebih gemar bermain di luar rumah tanpa memikirkan keburukan yang bakal mereka hadapi.
Tips Elak Kulit Kusan kerana Kesan Cahaya Matahari
kulit kusam

1. Pakai krim sunblock yang ada nilai SPF tinggi. SPF boleh lah dikatakan sebagai ukuran pelindungan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kaitan dengan jangka masa kita boleh berada di bawah sinar matahari sebelum kita mengalami sunburn.
Sebagai contohnya SPF 30 akan membolehkan kita berada di bawah cahaya matahari 30 kali lebih lama berbanding tanpa penggunaan sunblock.

kulit kusam

2. Pakai Payung. Ramai orang malu untuk pakai payung. Jadi praktiskan diri untuk pakai payung apabila terpaksa berjemur lama di bawah cahaya matahari.
kulit kusam

3. Sentiasa bawa Air Masak ke mana sahaja. Elakkan amalan minum minuman berais dan amalkan air masak untuk memastikan kulit sentiasa terhidrasi secukupnya.

Semoga bermanfaat.


Lokasi: Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan