Ahad, 11 Mac 2018

PETUA KEKAL BERSERI SEPERTI PENGANTIN TAWAN SUAMI

Nak jadi cantik dan berseri seperti pengantin walaupun telah bergelar isteri dan ibu bukanlah mustahil. Ada banyak petua untuk mengekalkan seri wajah seterusnya tawan hati suami tersayang. Tambahan pula, berhias untuk suami dapat pahala dan semakin disayangi.

wajah berseri, seri pengantin
Tice terkenang saat perkahwinan tempohari. Aucch! Simple mekap jadi pilihan.

Post kali ini tice kongsikan beberapa tips untuk naikkan seri wajah ala-ala pengantin yang para isteri boleh amalkan setiap hari. Nak kekalkan kecantikkan dan seri wajah kenalah usaha dan sentiasa menjaga terutama ketika kulit wajah kita masih elok.





1. Hilangkan lebam bawah mata
    Lekapkan uncang teh yang telah digunakan bawah mata dan biarkan semalaman, lakukan 3 kali          seminggu. Air teh sarapan pagi tadi jangan dibuang, boleh simpan dahulu dalam peti ais.

2. Merahkan bibir dan muka
    Amalkan sapu madu asli pada muka dan bibir setiap malam. Lakukan selama seminggu dan lihat        hasilnya.

3. Kulit cerah dan licin
    Amalkan mandi bersama limau nipis yang dibelah dua. Gosok pada kulit anda, cantik dapat,                wangi   pun dapat.

4. Buah timun sebagai pencuci muka
    Air pati buah timun gunakan sebagai pencuci muka, dan kelebihannya kulit halus dan tegang.

5. Buah tomato sebagai toner (penyegar)
    Blend beberap biji, ambil pesnya dan sapu ke muka selama 10 minit. Tomato bagus untuk                    mengecilkan liang pori di wajah dan seterusnya membuat kulit kita jadi lebih licin.

Post seterusnya tice akan kongsikan macam mana nak jadi cantik tanpa mekap. Tips akhir, boleh juga amalkan surah Yusuf ayat 4 setiap kali selepas solat untuk naikkan seri wajah. Selamat beramal.

Lokasi: Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan