Isnin, 12 Mac 2018

TIPS CANTIK MENURUT ISLAM

Islam meraih fitrah manusia yang sukakan kecantikkan dan terdapat beberapa tips kecantikkan yang boleh kita amalkan menurut ajaran Islam sendiri. 

"Innallah jamil, wa yuhibbu jamalAllah itu cantik dan sukakan kecantikkan" 

cantik cara Islam


Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kesihatan dan kecantikkan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya.

Tidak dapat dinafikan ada sesetengah wanita tidak menghiraukan bab penjagaan diri dan kecantikkan sehinggakan kulit wajah kelihatan kusam, berjerawat, berjeragat dan tidak bermaya. Sedangkan dalam Islam sendiri sangat menuntut isteri berhias untuk suaminya.

Post kali ini tice akan kongsikan beberapa tips menurut Islam pula untuk mendapatkan wajah dan badan yang cantik dan sihat.

1. Berwudhuk

Air wudhuk yang membasuhi wajah kita umpama pencuci segala kotoran dan juga pembersih hati kita, seterusnya wajah akan berseri-seri.

2. Murah senyuman

Bukan sekadar dapat pahala tapi senyuman antara senaman wajah untuk kelihatan muda.

3. Hindari sifat sombong, dengki dan iri hati

Wajah yang cantik jika diiringi dengan sifat yang buruk tetap akan kelihatan buruk. Seseorang yang bersifat pemarah dan sombong, wajahnya akan cepat tua kerana sering cemberut.

4. Pola makan yang sihat

Dalam ajaran islam, seseorang dianjurkan untuk makan saat lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan tidak boleh berlebihan, makan hendaklah dengan tangan kanan dan sambil duduk, mengucap basmallah serta jangan lupa hanya mengonsumsi makanan halal. Amalkan juga buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air masak yang banyak setiap hari.

5. Berdoa setiap kali melihat cermin

Amalkan membaca doa setiap kali berhias di hadapan cermin sebagai tanda kesyukuran Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik penciptaan.

kecantikan kulit


0 ulasan:

Catat Ulasan