Definisi Jeragat:
Jeragat (secara perubatan dikenali sebagai open comedo, adalah bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum.
Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. Akar rambut tersumbat, di mana jeragat sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan "kehitaman" jeragat. Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya. (Sumber: Wikipedia)
Nama lain jeragat, MELASMA:
Jeragat merupakan salah satu penyakit kulit yang tidak berbahya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Pakar dermatologi menyatakan terdapat lebih 3 ribu masalah kulit yang dialamai penduduk dunia keseluruhannya.
Oleh itu, pakar kulit sangat menyarankan kita untuk menjaga kulit dengan rapi dan konsisten bagi mengelakkan kulit mengalami masalah seperti jeragat. Di samping itu juga, pakar kulit mencadangkan pengambilan nutrisi-nutrisi penting untuk kulit seperti vitamin, mineral, dan pelbagai jenis antioksida untuk mengekalkan kulit yang sihat tanpa cela.
Apa itu jeragat?
Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.
Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam. Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan lama-kelamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda. Ini menyebabkan wajah anda kelihatan tidak menarik dan gelap.
Jadi, apakah punca jeragat? Nantikan post seterusnya, tice akan ceritakan apakah punca terjadinya jeragat.
0 ulasan:
Catat Ulasan