Post sebelum ini tice menceritakan tentang bagaimana kulit kita berubah daripada anjal menjadi kulit kusam dan berkedut. Kali ini tice akan kongsikan beberapa faktor penyebab kulit kusam terjadi. Wajah yang kusam, kotor, berminyak dan berjerawat umpama mimpi ngeri bagi kaum wanita.
Berikut adalah penyebab-penyebab lain yang mendorong terjadinya kulit muka menjadi kusam:
1. STRESS
Stress merupakan gangguan psikologi dan sekaligus akan memberi banyak kesan buruk kepada tubuh. Stress menyebabkan kelenjar dalam tubuh seseorang tidak dapat mengawal emosi seseorang sekaligus menyebabkan kulit wajah mudah berjerawat, murung dan kusam.
2. POLA PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT
Makanan viral yang tidak sihat semakin banyak sekarang, berminyak, terlalu manis dan penggunaan banyak warna tiruan bukan sahaja memberi kesan kepada tubuh malah kepada kulit wajah kita. Nutrisi dan zat yang mencukupi sangat penting untuk tubuh agar badan kekal sihat dan bertenaga.
3. KESAN SINARAN UV
Radikal bebas dan sinar uv daripada matahari sangat berbahaya jika setiap hari sering berjemur di luar untuk jangka masa lama. Keadaan ozon yang semakin menipis membuatkan kesan sinar ultraviolet di tahap bahaya akan memberi pelbagai kesan kepada kesihatan kulit seperti perubahan cepat pigmentasi kulit menyebabkan kusam terjadi.
4. KURANGNYA WAKTU REHAT
Kaum wanita yang bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa sering kurang rehat dalam menguruskan kerjaya dan rumah tangga. Pola tidur yang tidak teratur akan mempercepatkan lagi proses penuaan kulit, dan waktu rehat yang sepatutnya untuk mendapatkan kulit sihat ialah 6-7 jam sehari.
5. KESAN PENGGUNAAN KOSMETIK
Jenis kulit setiap orang adalah berbeza. Merkuri, alkohol dan campuran bahan kimia berbahaya antara bahan kosmetik yang banyak di pasaran sekarang. Masing-masing berlumba untuk membuktikan produk siapa paling cepat putihkan kulit tanpa fikirkan kesan jangka panjang pengguna. Inilah antara punca kulit semakin rosak dan menyebabkan kulit cepat kusam.
0 ulasan:
Catat Ulasan