Isnin, 11 September 2017

Diari Kesihatan Tice

Bismillah..

Orang dulu-dulu kata tak kenal maka tak cinta kan, jadi saya nak kenalkan diri secara ringkas ^_^.
Tahun 2009, saya yang pakai baju warna hitam dan berumur 19 tahun tapiii...huhu..sadis tengok keadaan kulit dulu-dulu, penampilan pun asal ado dan tutup aurat~~~

Kat tempat kerja, saya dipanggil Teacher Mimi, Kalau dalam kalangan kontraktor tadika atau pomen, mereka panggil saya Puan Mimi (walaupun belum puan lagi...), dalam team bisnes, mereka panggil saya Afnan (sebab FB saya Afnan Khumaira), maaf kuota friend dah penuh, korang boleh "Follow" saya, banyak tips sihat saya kongsikan di sana tau, family pula panggil saya "Akak" sebab saya anak sulung dan cucu sulung (kak long kawasan, haha).

Kehidupan takkan pernah sama, kita mestilah berubah seiring zaman dan usia yang makin meningkat ya dok..hehe..alhamdulillah, habis diploma pengajian perniagaan, saya sambung ijazah pula dalam fakulti perniagaan cuma "major" dalam perbankan Islam. Saya ni produk #UITM (sentiasa dihatiku..), habis je praktikal saya dilamar untuk bantu kak dayah dan kak nana (my lovely boss) untuk tingkatkan tadika #littlecaliphs yang dorang buka di Melaka. Maka, bermulalah sejarah Teacher Mimi..hehe

Taraaaa...saja kongsi gambar dulu dan tahun 2016, ada beza tak? orang kata paling ketara tang pipi dan kulit, waktu ni baru berkenalan dengan shaklee..nak tahu dulu-dulu saya ni geng-geng anti supplement..alaa, hat vitamin bagai tu..

Saya nak kongsikan sejarah kesihatan saya dengan korang:

2010- demam denggi
2011- Tekanan urat saraf
2012- Jangkitan kuman dalam darah (5 jam sekali makan ubat, muka pucat macam mayat, tenaga loss habis, tidur je daya, nak bangun pun menggigil)
2014- Pembedahan apendiks, dan kamera masuk ikut mulut sebab nak cek rahim ok atau tak gara-gara senggugut teruk juga waktu tu
hujung 2016- Pneumonia atau orang kampung panggil paru-paru berair/kuman. Warded kat GH, kena ambil darah oksigen (sakitttt sangat, tak macam ambil darah biasa tu), kena cucuk ubat antibiotik yang sangat kuat (2 jam tahan pedih ubat lalu kat saluran darah), time ni 4 bulan stress, kemudian shaklee pun saya tak makan, haha..rasakan! lepas tu saya dah insaf, sedar badan memang dari kanak-kanak doktor dah cakap imun badan sangat lemah, lepas tu terus sambung makan dan alhamdulillah! no more ward!Ni gambar masa tunang, hehe..first time saya up di media sosial!

Alhamdulillah, banyak perubahan yang saya rasa. Paling seronok bila kehadiran penuh setiap bulan ke pejabat! Kita sakit, kita sedar diri kita lemah, selalu sakit, dan kita memang tahu badan ni amanah Allah, cuma adakah kita faham, bila dah kata "amanah", cara apa yang perlu kita buat untuk jaga amanah Allah ni? Cukup ke sekadar joging atau bersukan? dah la Malaysia ni penuh dengan makanan hipster yang lagi menambah kalori dan paras gula dalam badan, haha.

Sekian, kisah saya kali ini. Nanti saya share dengan korang detik-detik tahu saya ni dah terkena rabun jauh (ohh nnooo!) dan macam mana saya bebaskan diri daripada spek mata..huhu..nantikan ok!

jangan lupa follow fb saya: Afnan Khumaira

Semoga bermanfaat..


Catatan Terbaru
Previous
This is the last post.

0 ulasan:

Catat Ulasan