Khamis, 12 April 2018

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN KEDUTAN

Kulit yang tegang dan licin menjadi idaman para wanita, tanpa sebarang cela malah wanita sanggup berhabis duit deminya . Namun, jika dikomen lebih berkenaan kedut atau garis halus yang muncul di dahi dan wajah, pastinya kaum wanita akan melenting, lagi-lagi jika usia mereka masih muda .


Petua tradisional hilangkan kedutan

Kerutan di dahi muncul kerana kulit kita sudah kehilangan kolagen. Tahukah anda, bermula usia 30 tahun wanita sangat memerlukan kolagen tambahan. Kolagen sangat penting dalam kesihatan kulit kerana merupakan 75% penyumbang besar. Apabila usia semakin meningkat, semakin berkurangan kolagen dalam badan kita. 

Merokok, kulit terdedah kepada cahaya matahari, stress, pola makan yang tidak sihat, tidak cukup tidur, kerja berat, badan kekurangan nutrisi, kerja berat dan kesan radikal bebas daripada pencemaran merupakan sebahagian faktor kerutan atau garis halus muncul di wajah. 

Sekarang ini, suntikan botox umpama jalan pintas untuk mereka mengekalkan kulit yang tegang. Botox melumpuhkan otot dan berupaya untuk menghilangkan kedutan selama beberapa bulan. Namun begitu, post kali ini tice akan kongsikan cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk menghilangkan kedutan dan garis halus dengan lebih selamat. 

1. Minyak zaitun

Mampu merangsang pertambahan kolagen baru secara semulajadi dan menegangkan wajah. Caranya, sapu di wajah setiap malam sebelum tidur .

2. Makan sayur dan buah

Nutrisi lengkap dari buah dan sayur sangat diperlukan kulit setiap hari. Lakukan juga senaman bagi membuang racun dalam badan. 

3. Lidah buaya

Lidah buaya sangat kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit. Campurkan lendir lidah buaya dengan putih telur untuk dijadikan masker muka, pakai selama 15 minit kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan 2 hari sekali, untuk hasil lebih cepat, amalkan 2 kali sehari di waktu pagi dan malam. 

4. Lemon

Buah yang sangat kaya dengan vitamin C .Potong lemon, dan perah airnya lalu sapu di dahi, biarkan sehingga kering dan bilas. 

Petua tradisional ini sangat selamat, namun ada juga petua moden. InshaAllah tice akan kongsikan dalam post seterusnya berkenaan Petua Moden untuk hilangkan kedutan dan garis halus .

0 ulasan:

Catat Ulasan