Jumaat, 6 April 2018

Kedutan petanda tua?

Ramai wanita sangat takut apabila wajah mereka menunjukkan garis halus atau kedutan, mereka akan berasa diri sudah tua dan tidak muda lagi. 
Garis halus berkedut


Kedutan halus kebiasaannya boleh dilihat seawal usia 30 tahun, tetapi tidak mustahil lebih awal lagi garis halus akan muncul jika penjagaan wajah tidak dipedulikan. Garis halus kebiasaannya akan bermula muncul di sekitar mata. Cuba anda perhatikan, adakah anda sudah memilikinya? 

Pemakanan yang sihat, pengamalan senaman dan beberapa tips lagi boleh melambatkan penuaan wajah malah membuatkan kita awet muda. Jika kita lihat nenek-nenek moyang dahulu, wajah mereka awet muda kerana pengamalan jamu dan ulam dalam kehidupan seharian.

Bagaimana pula dengan kita? Bilakah kali terakhir anda menikmati minuman berais, dan makanan berminyak? Adakah udara sekitar kita bersih? Banyak faktor lain yang menyebabkan garis halus cepat muncul di wajah. 

Post akan datang tice akan kongsikan apakah amala yang nenek moyang kita buat dulu sehingga wajah mereka awet muda tak telan dek usia. 

0 ulasan:

Catat Ulasan