Selasa, 10 April 2018

TIPS TANGANI STRESS UNTUK WANITA BEKERJAYA

Rata-rata zaman kini kaum wanita bukan sekadar berperanan sebagai ibu, tetapi juga salah seorang pekerja profesional dalam industri. Tekanan dan bebanan kerja di pejabat dan berterusan di rumah membuatkan kaum wanita stress dan kelihatan berumur kerana bebanan berat yang harus ditanggung. 


Tips tangani stress

Stress jika gagal dikawal akan memberi banyak kesan, antaranya kesihatan merundum dan wajah kelihatan tua, dan garis halus di wajah muncul. Berikut tice kongsikan tips mengatasi stress khas buat kaum ibu bekerjaya. 

1. Peruntukan waktu berkualiti untuk keluarga.

Sesibuk mana sekalipun, perlu ada satu waktu khas dihabiskan bersama keluarga seperti beriadah dan memasak bersama-sama, serta haruslah lupakan langsung segala hal kerja. 

2. Layan diri

Sesekali belanja diri dengan pergi ke spa atau sauna untuk rehatkan badan. Urutan dan aroma wangi membantu menurunkan stress.

3. Bersenam

Amalkan kehidupan yang sihat dengan mengamalkan senaman 3 kali seminggu. Buat para ibu, bolehlah bersenam bersama keluarga tersayang, badan sihat malah hubungan kekeluargaan juga semakin rapat. 

4. Memasak

Lapangkan masa dan memasak bersama anak-anak pasti mampu meredakan sedikit tekanan. 

Sekian, sedikit tips  dan semoga kaum ibu bekerjaya dapat mengatasi stress dan kekal jelita. 

0 ulasan:

Catat Ulasan