Sabtu, 7 April 2018

AMALAN TRADISIONAL NENEK MOYANG UNTUK AWET MUDA

Amalan tradisional nenek moyang untuk kekal muda masih relevan untuk dipraktikkan zaman ini. 


Amalan nenek moyang untuk awet muda

Ini bukan amalan syirik atau kurafat ye, sesiapa sahaja boleh amalkan setiap hari. Senarai amalan ini tice dapat daripada seorang mak bidan yang wajahnya nampak muda dari usia sebenar tanpa suntikan kecantikkan apalagi pembedahan plastik. 

1. Air suam

Amalkan segelas air suam sebelum tidur malam dan segelas lagi sebaik sahaja bangun tidur (tidak perlu gosok gigi), amalan ini sebenarnya dari amalan sehari Nabi Muhammad saw. Antara kebaikkannya sistem pencernaan kita bagus dan awet muda. 

2. Jauhi minuman ais batu

Pasti ramai yang mengeluh kerana setiap hari wajib minum air berais kan. Pantang terbesar untuk wajah awet muda adalah dengan tidak minum minuman berais batu. Saranan tice, boleh kurangkan secara perlahan sampai boleh hidup tanpa air ais. 

3. Mandi awal pagi

Amalan Rasulullah saw, mandi sebelum azan subuh sangat bagus untuk kekuatan badan dan kecantikkan wajah. Tak percaya? Selepas ini boleh amalkannya. 

4. Makan jamu atau ulam atau makanan tambahan

Nenek moyang kita terkenal dengan cara pemakanan mereka yang sihat. Jika tidak mampu untuk untuk makan ulam dan jamu, boleh amalkan pengambilan makanan tambahan seperti Shaklee, pastikan ia selamat, organik, halal dan ada kelulusan KKM. 

5. Senaman

Orang dulu-dulu bukan sekadar awet muda, tetapi mereka juga kuat fizikalnya kerana aktiviti harian yang menggunakan semua kekuatan badan seperti menyangkul, berjalan kaki yang jauh, bercucuk tanam dan banyak lagi. Amalkan 3 kali seminggu senaman ringan, setiap sesi amalkan 30 minit. 

Tice kongsikan 5 tips dahulu, semoga kita semua sentiasa sihat dan kuat. Selamat menjadi cantik dan hensem 😊💞

0 ulasan:

Catat Ulasan