Rabu, 11 April 2018

5 JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG MEMBUATKAN WAJAH CEPAT TUA

Post sebelum ini menceritakan tentang stress dan handphone yang menjadi salah satu punca kulit cepat berkedut. Kali ini, tice akan ceritakan apakah makanan dan minuman yang tidak sepatutnya diamalkan jika ingin awet muda. 


Makanan yang membuatkan wajah cepat tua

Berikut merupakan makanan dan minuman yang harus dielakkan;

1. Makanan segera

Tice pasti ini merupakan makanan kesukaan rakyat Malaysia. Mee segera, makanan segera seperti kepci, mc d, pizza dan banyak lagi memberi kesan lebih tinggi untuk pelbagai penyakit datang. Tidak sihat malah tiada nutrisi bagus akan membuatkan kulit cepat kelihatan tua .

2. Makanan pedas

Majoriti makanan Malaysia terkenal dengan kepedasannya. Tahukah anda apabila kita makan makanan pedas, wajah akan mudah berkedut. Jadi, kurangkan makanan pedas jika ingin awet muda. 

3. Daging merah

Daging sememangnya merupakan sumber protin yang tinggi namun, jika diambil secara berlebihan akan membuatkan wajah cepat tua malah penyakit darah tinggi berisiko tinggi untuk terhidap. 

4. Alkohol


Hikmah pengharaman alkohol atau minuman keras, memberi kesan buruk kepada ginjal dan hati kita malah membantutkan penghasilan  sel baru di wajah. Wajah akan mula kelihatan kusam dan cepat nampak tua. 

5. Kafein

Minuman berkafein seperti teh, kopi, mocha, Cappuccino, dan banyak lagi jika diamalkan secara berlebihan akan memberi kesan tidak baik kepada kesihatan dan juga kulit. Jika kita kurang minum air masak setelah minum minuman berkafein, kulit akan terhidrasi. Kesannya kulit akan kering dan kelihatan kusam. 

Kesimpulannya, kita boleh saja makan semua yabg yang di atas tetapi dengan syarat tidak secara berlebihan, cukuplah secara bersederhana. 




0 ulasan:

Catat Ulasan