Isnin, 9 April 2018

HANDPHONE PUNCA GARIS HALUS CEPAT MUNCUL DI WAJAH

Hidup tanpa air dan elektrik boleh lagi bertahan untuk satu hari tetapi jika hilang handphone tak sampai setengah jam dah mengamuk, mahu bergegar rumah! 


Ramai tak sedar, handphone merupakan salah satu punca garis halus semakin cepat muncul di wajah. Bagaimana? 

1. Mengecilkan wajah ketika membaca mesej di handphone. Ini menggalakkan lagi garis halus muncul di tepi mata! Sudah jadi kebiasaan wanita berusia 20 an akan mula hadapi masalah garis halus di sisi mata dan antara dua mata yang sepatutnya tidak muncul sehingga berusia 30 an hingga 40 an. 

Solusi: besarkan font di hp ke saiz 20 

2. Bercakap di handphone terlalu lama sehingga panas. Bahagian yang panas kerana hand phone terlalu lama akan meningkatkan melanin di wajah, tompok hitam dan warna kulit tidak sekata. Malah, mengikut kajian wajah akan kelihatan 10 tahun lebih tua! 

Solusi: Guna ear phone dan makan vitamin C 

3. Tabiat membaca atau membuka IG dan FB sebelum tidur juga antara punca melatonin atau bahan kimia yang buat badan mengantuk akan terganggu. Mengikut kajian harvard, jika tidur terganggu, sangat tidak bagus untuk kecantikkan wajah. 

Solusi: Download apps invert colours yang mengurangkan cahaya hand phone dan disiplin, dengan meletakkan hand phone jauh dari kita. 

4. Tabiat menunduk untuk membaca dan membalas whatsapp, komen di FB, IG , Twitter dan lain-lain aplikasi. Ia memberi kesan kepada keanjalan leher, dan kelihatan menggeleber! 

Solusi: Buka telefon selaras dengan mata agar leher tidak terlalu terdongak terdongak dan tertunduk. 

Semoga post kali ini akan memberi manfaat dan jangan lupa follow blog ini untuk tips cantik seterusnya! 

0 ulasan:

Catat Ulasan