Ahad, 8 April 2018

PERBEZAAN KULIT LELAKI DAN WANITA

Kulit lelaki dan wanita memang berbeza dari segi jenis, ketebalan dan masalah. 


Perbezaan kulit lelaki dan wanita

Pernah atau tidak kita tahu sebenarnya kulit lelaki dan wanita berbeza? Masalah kulit yang biasa dialami oleh kaum lelaki seperti; 

1. Pigmentasi pada kulit
2. Garis kedutan
3. Wajah menggeleber
4. Nampak lebih tua
5. Pori wajah lebih besar kerana kerap bercukur
6. Kulit kusam
7. Tona kulit tidak sekata kerana kerap terdedah dengan cahaya matahari

Manakala wanita pula sering mengalami masalah;
1. Jeragat
2. Jerawat
3. Kulit kusam
4. Muka berminyak
5. Kulit kering

Perbezaan Kulit Lelaki dan Wanita

Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon Estrogen mempengaruhi kulit wanita.  Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita
Kulit lelaki 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab tu penampilan seorang lelaki lambat tua berbanding wanita.

Antara lelaki dan wanita, wanita akan terlebih dahulu mempunyai garis halus di wajah dan nampak lebih berusia daripada lelaki. Walau bagaimanapun, semakin berusia kulit lelaki akan semakin menipis manakala kulit wanita akan menebal. 

Lelaki dan wanita, kedua-duanya perlu saling menjaga kulit wajah masing-masing bagi mengelakkan masalah kulit yang teruk seperti makan supplemen dan pilih produk yang bersesuaian dan selamat untuk kulit. 

0 ulasan:

Catat Ulasan